Bab
5
Aku turun ketika Abang Shah siap parkir kereta di Bulatan Dataran Masjid Putra. Rupanya di sini ramai keluarga yang membawa anak masing-masing. Boleh sewa basikal, kasut roda dan juga skuter yang menggunakan bateri serta kereta mainan kanak-kanak.
“Sewa
basikal nak?” Abang Shah tanya pada aku yang sedari tadi sedang ralit
memerhatikan kanak-kanak yang riang menjalani aktiviti di sini.
“Tak
naklah…” Aku menggeleng. Aku tak ada mood nak buat apa-apa pun malam
ini.
“Tunggu
abang kat sini ya.” Selepas cakap macam itu, dia terus berlalu. Aku tengok
sahaja langkah Abang Shah menghampiri tempat menyewa basikal. Kata di Tokyo
hari-hari naik basikal pergi kampus, takkan kat sini pun teringin nak naik
basikal? Poyo betullah dia ni!
Aku
geleng kepala sahaja apabila dia menghampiri, siap tersengih sambil kayuh
basikal warna biru.
“Jom…
naik basikal dengan abang.” Dia berhenti di depan aku. Aku perhati sekeliling
memang ramai yang berbasikal di sini. Sebenarnya aku teringin nak naik skuter
yang menggunakan bateri itu. Tapi, seganlah pula. Aku pakai gaun labuh hari
ini.
“Cepatlah…
kita ‘feeling-feeling’ macam drama Korea tu!”
Aku
tengah susah hati, dia nak buat drama Korea pula? Kalau lepas naik basikal ni
aku boleh pergi bercuti di Korea best la juga!
Apabila
aku tak layan maka dia pun mula mengayuh basikal. Jauh juga kalau nak cukupkan
satu pusingan ni.
Arghhh… bosannya! Aku lontarkan pandangan ke sekeliling.
Orang lain semua ada aktiviti masing-masing. Geng-geng bujang pun ramai yang
lepak sambil makan dan berbual-bual. Maklumlah, esok kan hari cuti. Aku saja
yang macam kebingungan di sini. Bengong betullah!
“Ika…
jomlah. Best tau naik basikal kat sini.” Abang Shah datang pujuk aku
naik basikal setelah dia buat satu pusingan.
Disebabkan kebosanan, akhirnya aku mengalah juga. Aku
duduk mengiring di carrier belakang dan kemaskan kain labuh yang aku
pakai. Abang Shah mula kayuh basikal perlahan-lahan.
“Beratlah,
Ika! Mesti berat dosa ni!” Dia cakap sambil berusaha nak mengayuh basikal
dengan lebih laju. Aku cubit perut dia.
Tiba-tiba
saja basikal itu bergoyang-goyang dan aku terus peluk pinggang dia dengan
kedua-dua tangan.
“Romantis,
kan? Macam Choi Ji-woo dengan Kwon Sang-woo dalam cerita Temptation tu…”
Aku
macam nak ternganga masa Abang Shah cakap macam itu. Tak sangka, dia layan
drama Korea betul-betul. Eh, tapi apa nak pelik. Drama Jepun pun dia
layan juga, maklumlah dia kan fasih cakap Jepun.
Lama
juga kami berbasikal. Berpeluh-peluh juga Abang Shah mengayuh basikal. Aku saja
yang relaks sebab aku membonceng. Seronok juga rupanya bersantai di sini, dapat
menyedut angin malam yang sepoi-sepoi bahasa.
Lepas
itu kami masing-masing sewa skuter sorang satu. Aku tengok tadi ada sorang brader,
badan besarlah juga, selamba saja dia naik skuter. Dengan anak-anak dia dua
orang. Dia orang sewa skuter sorang satu juga. Yang skuter brader itu
naik macam ‘azab’ jugalah nak bergerak. Sah terlebih muatan. Brader itu
tinggi tapi agak gempal dan perut buncit.
Aku?
Nasib baik aku ini bersaiz sedang-sedang. Badan aku agak slim jugalah
walau tak setanding ratu cantik. Jadi, laju saja skuter ini bergerak membawa
aku.
Abang
Shah dan aku mengemudikan skuter secara bersaing. Kadang-kadang kami berlumba.
Tapi aku rasa Abang Shah saja buat-buat kalah, dia nak menghiburkan hati akulah
agaknya.
Mujurlah
ada Abang Shah. Kalau tak tadi mati kejung aku dalam kereta dengan ayah dan Aunty
Siti. Ishk… betul ke ayah nak kahwin dengan Aunty Siti? Aku
masih belum dapat menerima kenyataan sebenarnya. Harap-harap ini cumalah
andaian aku sahaja.
Aku
tarik nafas panjang, tiba-tiba aku rasa cemburu dengan Aunty Siti. Tak
fasal-fasal saja. Erm…
Memang
aku buat kerja gila malam ini. Aku tak nak balik walaupun dah banyak kali Abang
Shah ajak. Sehinggalah pengawal keselamatan yang bermotosikal tu datang dan mengingatkan yang tempat ini akan
ditutup untuk segala aktiviti permainan kerana jam sudah menunjukkan angka lebih
jam 12:30 malam.
“Nak
minum kat kedai mamak!” Aku buat muka manja pada Abang Shah. Dia geleng kepala
sebab dia tahu aku sengaja nak melengahkan masa.
Kita
orang minum kat kedai mamak di Cyberjaya. Aku pesan teh tarik dan Abang Shah
pesan kopi O. Mesti dia takut mengantuk ketika nak memandu pulang nanti.
Maklumlah, dah dekat jam 1 pagi pun sekarang ini. Patutnya aku dah selamat
belayar ke pulau impian. Bukannya berada di luar macam sekarang ini.
“Lepas
ini kita balik ya?” Abang Shah cakap dengan nada lembut pada aku. Macam pujuk
budak-budak saja gayanya.
“Kalau
Ika tak nak balik?”
“Takpelah
kalau tak nak balik. Kita tidur dalam kereta je, kalau kena cekup
boleh kahwin free. Tak payah susah-susah dah, tiap malam Ika kena tidur
dengan abang!” Dia kenyit mata kat aku.
Hish! Mulut… tak padan dengan mengantuk!
No comments:
Post a Comment