Selepas
itu aku masuk dalam rumah balik. Baru saja gaya nak baring atas katil handphone
aku berbunyi. Abang Shah! Dia ajak aku keluar.
Aku
malas nak keluar sebenarnya sebab aku nak qada waktu tidur. Tapi Abang Shah ini
memang jenis tak faham Bahasa Melayu dan aku pulak jenis tak reti cakap Bahasa
Jepun. Dia paksa juga aku keluar dengan dia sebab ayah yang suruh katanya.
Kenapa pula ayah suruh aku keluar dengan dia ini? Musykil. Musykil.
Siap
mandi dan berpakaian aku terus tunggu depan pagar rumah. Mak Yam tengah sidai
kain. Sempatlah aku bertegur sapa dengannya.
“Nak
pergi mana?” Mak Yam tanya apabila nampak aku bersiap cantik.
“Nak
keluar dengan Abang Shah.” Aku jawab terus-terang. Tapi janganlah ditanya ke
mana destinasinya. Aku pun tak tahu. Aku tanya tadi Abang Shah cuma kata ‘ada
la’. Tak tahulah kat mana tempat ‘ada la’ itu berada.
“Oh,
lama Shah cuti kali ni ya? Selalu dia datang sini jumpa ayah Ika. Baik budaknya…
Boleh dibuat menantu!” Mak Yam cakap sambil senyum.
Ishk, dia ada niat nak kahwinkan Abang Shah dengan anak dia
Si Nini yang darjah enam tu ke? Takkanlah kut. Lama sangat Abang Shah nak
tunggu Nini habis sekolah.
“Mak
Yam berkenan nak buat dia sebagai menantu ke? Nanti Ika beritahu dia ya!” Aku
usik Mak Yam.
“Ada-ada
je kamu ni. Sudah terang lagi bersuluh!” Mak Yam sambung sengih.
“Ha, tu
dia dah sampai!” Mak Yam juih arah belakang aku. Tadi aku berpaling
membelakangkan jalan.
Abang
Shah turun dari kereta dengan senyuman. Siap beri salam kepada Mak Yam lagi.
Berbasa-basi menanyakan khabar orang tua itu. Manalah Mak Yam tak berkenan nak
jadikan menantu. Haish!
“Dah breakfast?”
Soalan pertama dia masa kami di dalam kereta.
“Belum. Tak ada selera…” Aku sempat teguk segelas air
putih sahaja tadi.
“Kita breakfast
dululah, Ika nak makan apa?” Aku gelengkan kepala. Aku yakin Abang Shah dah
bersarapan di rumah tadi. Mak cik selalu masak sedap-sedap untuk sarapan.
“Kenapa
muka monyok je ni? Cerialah sikit!”
“Tak
ada mood!” Dengan dia ini senang, aku boleh main cakap saja. Tak payah
nak jaga gengsi.
“Sebab
pak cik nak kahwin?”
“Itu
salah satu daripadanya…”
“Oh,
ada sebab lain la ni?”
“Hem…
Ika tak faham kenapa ayah tak suka Abang Faez.”
Kali
ini Abang Shah diam. Dia tak cakap apa pun.
“Abang
Shah, Ika nak tanya ni, tolong jawab dengan jujur?”
“Tanyalah…”
Leweh sahaja suara dia. Eh, dia nak bawa aku pergi mana ni? Pusat
Bandaraya?
“Agak-agaknya
kenapa ayah tak suka Abang Faez tu ya? Ayah cakap dia kurang ajar, tak hormat
orang tua dan… ayah cakap dia kaki perempuan!” Itulah yang ayah khabarkan
kepada aku sewaktu kami makan bersama malam tadi.
“Abang
tak tahu nak cakap apa Ika tapi, ada baiknya Ika dengar cakap pak cik. Tentu
ada sebab yang munasabah kenapa pak cik tak bagi Ika ada hubungan dengan Faez.
Ika pun tahu kan? Faez tu handsome orangnya. Masa sekolah lagi dah ramai
perempuan yang sukakan dia. Tambah lagi apabila dia dah bekerja. Dengan latar
belakang yang dia miliki, memang tak susah nak buat perempuan jatuh cinta
dengan dia. Termasuklah Ika, kan?”
Memanglah
aku tahu Abang Faez itu kacak orangnya. Dia hanya ada dua beradik sahaja dalam
dunia ini. Kakak sulung dia bekerja dengan papanya. Setakat itu sajalah yang
aku tahu. Sebab selama kami berkawan jarang benar menceritakan perihal diri
masing-masing.
Abang Faez selalu ambil berat fasal pelajaran aku. Sama macam
Abang Shah juga. Selalunya kami berbual fasal pelajaran dan serba sedikit fasal
isu-isu semasa.
“Entahlah
Abang Shah. Tapi lepas balik dari rumah hari Sabtu tu, dia langsung tak contact
Ika. Call tak jawab, mesej pun tak balas.” Sedih aku.
“Faez datang rumah Ika Sabtu lepas?” Abang Shah tanya
dengan nada mahu tahu teramat. Siap pandang kat aku. Kereta yang banyak di atas
jalan raya tidak memungkinkan dia memandu dengan laju.
“Ayah
suruh jemput dia datang rumah…”
“So dia
datanglah?” Penuh rasa teruja dia bertanya.
“Datanglah,
tapi tak sempat nak makan tengah hari pun. Dia balik terus lepas bercakap
berdua dengan ayah. Siap cakap Ika pun bukannya baik sangat. Dia kata Ika pun
keluar dengan lelaki lain jugak!”
“Erm,
mesti Ika selalu keluar dengan lelaki selama ni, betul tak?”
“Mana
ada… kalau keluar pun berempat. Ika, Najman, Khayra dan AJ, kami bff di
kampus.”
“Selain
tu tak pernah keluar dengan lelaki?” Gaya tanya macam tak percaya sahaja. Kecil
hati aku.
“Memang
tak ada…” Aku cakap dengan bersungguh-sungguh. Ingat aku ini apa? Playgirl?
“Habis
dengan abang ni?” Dia tanya sambil senyum mengejek pandang aku.
“Err…
abang bukannya lelaki pun!”
Aku
belasah gelak apabila Abang Shah menjerit. Marahlah tu aku kata dia bukan
lelaki. Kita orang dah rapat dari kecil lagi, macam adik-beradik. Aku dengan
Abang Shah ada hubungan platonik. Itulah maksud sebenar aku.
**********************
Kita orang berjalan-jalan di KLCC. Tadi
dekat sejam jugalah aku melangut tunggu Abang Shah di ofis cawangan syarikat
dia di Jalan Tun Ismail. Hari ini baru aku tahu Abang Shah minta ditukarkan
bertugas secara part time di Kuala Lumpur. Dia nak sambung belajar di
sini selama dua tahun katanya.
Apabila
aku tanya kenapa dia tak sambung belajar di Tokyo sahaja dia cuma senyum. Bagi
aku lebih mudah dia menyambung pelajaran di sana sementelah ibu pejabat
tempatnya bekerja juga terletak di Tokyo. Tapi, entahlah… mesti dia ada
perancangan tersendiri.
“Ika
nak makan apa? Abang belanja!”
Masa ini kita orang sedang window shopping di
dalam kompleks membeli belah di dalam bangunan KLCC ni. Hari bekerja biasa,
suasana lebih lapang dan santai.
“Belanja
makan je? Shopping?” Aku buat muka manja.
“Shopping?
Ika nak beli apa?”
Eleh, tanya macamlah dia sanggup nak bayarkan kalau aku nak
beli beg tangan ataupun kasut berjenama.
“Boleh je
abang belikan. Asalkan Ika sanggup…”
“Sanggup
apa?” aku berhenti dan pandang muka dia yang tengah tersengih.
“Sanggup
kahwin dengan abang!” Dia bisik kat telinga aku dan lepas tu berjalan
meninggalkan aku. Ciss… nak bergurau tak kena tempat!
Penat
mengukur jalan kami akhirnya melangkah ke Restoran Bumbu Desa yang terletak di
aras 4. Restoran yang menghidangkan makanan autentik dari Negara Indonesia
menjadi pilihan.
Abang Shah
yang oder makanan. Aku malas nak tengok menu. Tekak aku kan jenis senang
dibela. Asalkan halal semua boleh masuk.
“Lepas
ni nak pergi mana?” Abang Shah tanya sebaik pelayan yang ambil pesanan beredar.
“Baliklah…”
Aku memang tak ada rancangan nak ke mana-mana. Biasanya mula-mula cuti ini aku
nak balas dendam dulu, nak tidur puas-puas. Lagipun menjelang peperiksaan hari
itu aku memang tak cukup tidur.
“Pergi
rumah nanny nak?” Aku buat muka apabila dia ajak pergi rumah nanny.
Macam
tak ada tempat lain dia nak ajak aku pergi. Rumah nanny itu setahun
entah berapa puluh kali aku dah pergi. Lagipun kalau di sana mesti aku tak
boleh bergolek atas tilam. Walaupun nanny tak kisah, aku yang rasa malu
sendiri.
“Buat
apa duduk sorang-sorang kat rumah? Mesti bosan!”
“Dah
biasa. Lagipun Ika nak tidur… penatlah!” Banyak benda yang buatkan aku jadi
penat. Perihal ayah dan Abang Faez yang masih berlegar-legar dalam fikiran pun
satu hal.
. Aku pandang sekeliling, memang hobi aku suka tengok
dekorasi sesuatu tempat. Saja nak jamu mata. Penuh juga restoran ini, maklumlah
dah masa makan tengah hari
Ketika
aku memandang ke arah pintu masuk restoran aku nampak Abang Faez sedang
melangkah masuk diiringi oleh pelayan. Di belakang dia ada seorang gadis
berambut hitam pekat, panjang dan bergulung-gulung cantik hujung rambutnya.
Aku
ekori pergerakan mereka sehinggalah mereka ditempatkan di sebuah meja yang
berada di bahagian tepi restoran. Abang Faez dengan perempuan itu duduk
berhadap-hadapan.
“Tengok
apa?” Abang Shah tanya sambil tertoleh-toleh ke belakang. Tempat yang aku
pandang.
“Tak
ada apalah… saja, suka tengok hiasan dalaman restoran ni. Cantik!” Aku pandang
muka Abang Shah. Mujurlah dia percaya. Kalau dia toleh belakang dan pandang
betul-betul tentu dia nampak Abang Faez dengan pasangannya itu.
Pelayan
hidangkan makanan, aku terus capai sudu dan garfu. Nak cepat makan. Nak cepat
pergi dari sini.
Aku
makan, makan, makan dan terus makan tanpa angkat muka. Nasib baik Abang Shah
rajin letakkan lauk-pauk dalam pinggan aku. Kalau tak aku makan nasi kosong
ajelah. Aku dah tak kisah , aku nak cepat habiskan nasi dan balik.
Aku
boleh nampak betapa mesranya Abang Faez dengan perempuan itu. Mereka berbual
dan sesekali ketawa. Perempuan itu cantik orangnya, walaupun sekilas pandang
cuma, aku dapat melihat raut wajahnya yang sungguh jelita.
Aku
angkat muka dan sedut minuman. Mata jahat aku ini memang tak boleh pandang
setempat. Meja di hujung restoran itu jugalah yang mata aku ini hendak
menjeling. Dan, sesaat mata kami bertemu pandang, jelas kelihatan riak
terperanjatnya apabila nampak aku.
Segera
pandangan aku kalihkan ke pinggan semula. Sambung makan macam tak ada apa-apa
berlaku. Kenapalah ayah makan garam banyak sangat? Kan dah masin mulut dia. Apa
yang dia cakap fasal Abang Faez itu dah terbukti depan mata. Alahai…
“Lapar
sangat eh, tu la… ajak sarapan tadi tak nak.” Abang Shah cakap dengan
nada prihatin.
Aku tak jawab pun kata-kata dia. Terus aku makan sampai
habis nasi dan lauk dalam pinggan. Aku silangkan sudu dan garfu dalam pinggan.
Tanda aku dah siap makan.
“Ika
keluar dulu boleh tak? Rasa macam sesak nafas kat dalam ni. Ramai sangat
orang!” Aku buat alasan. Padahalnya aku rasa tak selesa sebab tiap kali aku
angkat muka aku perasan Abang Faez pandang aku.
“Pergilah,
nanti abang datang…” Dia pun dah nak habis makan. Cepat-cepat aku habiskan
minuman dan lepas itu capai beg tangan dan bangun.
Sampai
kat luar aku ambil handphone dari dalam beg tangan. Dari tadi handphone
aku asyik bergetar. Hrm… Abang Faez. Pandai pula dia mesej aku.
Aku
simpan balik handphone, malas nak baca mesej dia. Betullah kata ayah,
dia memang selalu keluar dengan perempuan. Nak kata business associate,
gaya macam dah kenal mesra. Perempuan selalunya melintuk liuk manja macam itu
dengan orang yang dia suka saja. Gaya menggoda.
Yang
tak reti nak melintuk liuk macam pokok kelapa kena tiup angin tu, aku. Aku tak
biasa nak bersikap manja dengan lelaki selain daripada ayah. Kalau Abang Faez
itu jenis lelaki yang suka perempuan manja nan menggoda macam perempuan yang
keluar dengan dia tu, aku tak boleh buat apa.
Aku takkan bersikap manja dan
menggoda macam perempuan itu sebab aku bukan jenis macam itu. Mungkin sebab aku
sudah terbiasa berdikari dari sekolah rendah lagi jadi aku jadi agak kasar dan
pandai berdikari.
Tak
sampai lima minit kemudian Abang Shah dah terpacul depan aku.
“Nak
pergi mana lepas ni?” Dia tanya sambil pandang tepat kat muka aku.
“Balik!”
Aku jawab sepatah.
“Tak
nak shopping?”
Aku
geleng kepala. Bukannya aku bawa duit banyak sangat yang sampai aku boleh shopping
kat sini. Lagipun semua keperluan aku dah ada, mencukupi buat masa ini.
“Abang
dapat payment tadi… jom abang belanja Ika. Pilih je apa Ika nak,
abang belikan!”
Aku pandang pada dia yang sedang tersenyum ceria. Nak
saja aku tanya berapa juta dia dapat bayaran. Boleh ke belikan aku
servis kondominium sebiji? Boring-boring aku boleh pergi gim dan
berenang!
********************
Sampai
di rumah dah jam 3:30 petang. Bersusah-payah aku buka kunci pagar sambil
sebelah tangan memegang bungkusan Popcorn Garrett perisa Caramel Crisp. Ini
benda yang aku pilih apabila Abang Shah asyik paksa aku pilih barang, nak
sangat membelanja. Takkanlah aku nak pau dia. Aku masih waras lagi.
Elok-elok
kunci pagar terbuka dan aku nak tolak pagar ada orang pegang lengan aku.
Punyalah aku terperanjat, nyaris nak jatuh bungkusan popcorn mahal di
tangan.
“Opocot!”
Sempat aku melatah. Mujur aku tak mencarut.
“Abang
Faez, buat apa kat sini?”
Muka
tegang dia tunjuk pada aku. Tangan kanan dia masih mencekak lengan kiri aku.
Kuat pula itu. Aku toleh sekeliling, tak ada sesiapa pun berada di luar rumah.
Masa-masa macam ni tentu para suri rumah itu tidur. Dalam hati terdetik rasa
takut, kalau-kalau Abang Faez buat kerja gila, menyerbu masuk dalam rumah.
“Ika
buat apa kat KLCC?”
Aku
tanya dia, dia tanya aku balik. Perlahan tangan dia aku turunkan dari lengan
aku.
“Ika
ada hal kat luar tadi, pergi KLCC sebab nak makan tengah hari…” Takkan dia tak
nampak aku buat apa dalam restoran tadi. Ada ke orang buat benda lain dalam
restoran itu selain daripada menjamu selera?
“Kenapa
keluar dengan Shah tak beritahu abang?”
Laaa…
nak beritahu apanya? Selama ini ada ke dia jawab panggilan aku? Balas mesej
aku?
“Kunci
balik pagar tu. Jom, ikut abang!”
“Pergi
mana? Ika baru balik je!” Aku protes. Dia nak bawa aku pergi mana?
“Nak
ikut ke ataupun nak abang masuk dalam rumah?”
Aku
terus kunci balik pintu pagar rumah apabila dengar dia cakap macam ini. Dia
tarik lengan aku menghampiri sebuah kereta yang diparkir agak jauh dari depan
rumah aku.
Dia tolak aku masuk di seat belakang dan lepas
itu dia duduk kat sebelah aku. Rupanya ada pemandu, macam mana aku tak perasan
ada orang lain dalam kereta tadi?
“Ofis,
Pak Kasim!” Dia arahkan lelaki separuh abad yang berada di tempat pemandu. Aku
pandang kiri, kanan, depan dan belakang. Kereta apa ini? Aku kena tolak masuk
tadi, tak sempat nak tengok jenama dan nombor plat kereta. Haru sungguhlah.
“Kita
nak pergi mana ni?” Aku pandang muka dia dengan cuak. Dahlah muka ketat
semacam. Hilang rupa kacak dia. Pakaian bukan main lagi, siap bercoat bagai.
Panas kut di Malaysia.
Sombong
pula dia, aku tanya dia tak jawab pun. Lepas jeling aku sekilas dia menghadap Galaxy Note kat tangan dia. Eleh, macam dia sorang mampu beli Galaxy Note.
Tiba-tiba
aku teringat. Jalan Imbi! Ya… ofis papa dia terletak di Jalan Imbi. Mujur otak
aku ini berfungsi dengan jayanya tika dan saat ini.
Yang
terlintas di fikiran aku hanyalah menghantar mesej buat Abang Shah. Hanya dia
satu-satunya yang boleh menyelamatkan aku dalam saat-saat sebegini. Kalau aku
mesej ayah memang hulur kepala ke tali gantunglah jawabnya.
Aku
baru sempat leret skrin sentuh dengan jari apabila dia rampas handphone aku
dan masukkan dalam poket coat dia. Poket belah dalam pulak tu.
Tak sempat nak mesej Abang Shah dan beritahu aku kena culik. Hmph…
culiklah sangat!
“Pak
Kasim… boleh tolong berhenti, saya nak turun!” Aku cakap kat si pemandu yang
tekun menjalankan tugasnya.
“Jalan
terus Pak Kasim!” Suara tegas Abang Faez kedengaran.
“Berhentikan
saya kat sini pun tak apa Pak Kasim, tolong buka kunci pintu ni!” Kereta sedang
berderet-deret di jalan raya. Bergerak tetapi perlahan. Aku boleh turun kat
tengah-tengah jalan raya ni. Aku tak kisah dah, asalkan aku boleh keluar dari
kereta ni.
Pak
Kasim nampak macam serba-salah. Tapi dia terus memandu apabila Abang Faez buat
isyarat suruh dia teruskan perjalanan. Jangan endahkan aku.
Aku
duduk rapat dengan pintu kereta. Jangan kata nak buka pintu kereta nak turunkan
cermin gelap ini pun tak boleh. Kut tak, boleh je aku menjerit meminta tolong. Walaupun aku tak tahu apa niat Abang Faez
‘menculik’ aku begini namun aku tetap mahu melepaskan diri. Manalah tahu
kalau-kalau dia berniat jahat?
Sampai
sahaja di hadapan sebuah bangunan tinggi berhampiran sebuah hotel di Jalan Imbi
kereta diberhentikan. Betul-betul di pintu masuk bahagian lobi bangunan. Abang
Faez turun sambil tarik tangan aku.
Okey,
memang aku tak boleh nak melepaskan diri. Dia pegang kuat tangan kiri aku,
sambil berjalan laju masuk ke dalam bangunan. Aku sempat tengok muka Pak Kasim
masa nak turun tadi. Macam kesian saja cara dia pandang aku. Tapi patutnya
kalau dia kesian, tolonglah aku ni. Takkan main kesian dalam hati saja?
Dia
tarik aku sampai ke pintu lif yang berderet di bahagian tengah bangunan. Ada
enam lif kesemuanya tapi semuanya sedang digunakan. Aku meronta, cuba untuk
melepaskan tangan yang dah rasa sakit akibat cengkaman kuat tangan kanan dia.
Adalah
dalam dua minit menunggu pintu sebuah lif terbuka. Keluar beberapa orang dari
perut lif dan Abang Faez terus tarik tangan aku masuk dalam. Hanya ada aku
dengan dia dalam lif ni. Sebaik masuk sahaja dalam lif dia terus tekan butang
untuk menutup pintu lif. Aku tengok dia tekan butang ke tingkat 20.
Masa ini tangan aku dilepaskan. Aku tersandar di
dinding lif sambil urut-urut tangan yang sakit. Dia berdiri rapat di hadapan
aku. Menghalang pandangan aku ke pintu lif yang sedang bergerak laju. Ishk…
peliknya, tak berhenti kat mana-mana tingkat ke lif ini? Tak ada ke orang yang
nak naik ke tingkat atas?
No comments:
Post a Comment